Reg.No KT0244856-T

Kek dan kuih untuk tempahan






Noor Delight telah menceburi bidang pembuatan kek dan pastry semenjak 2009
Kami sedia menerima tempahan kek dan kuih ...untuk keterangan lanjut sila hubungi Kak Noor 019-9437123 /09-7732063. Tempahan hendaklah di buat 7 hari sebelum tarikh penghantaran dan disertakan dengan 50% bayaran pendahuluan.                                                                                                 

Selain daripada pembuatan kek dan pastry Noor Delight juga menawarkan kursus  bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus pembuatan kek termasuklah teknik penggubahan dan hiasan kek. Noor Delight menawarkan yuran kursus yang rendah. Kami juga mengalu-alukan sesiapa sahaja dari masyarakat setempat yang berminat untuk menjadikan pembuatan kek sebagai satu sumber pendapatan untuk mengikuti kursus. Insya Allah pihak kami membantu dengan perkongsian teknik dan pemilihan bahan-bahan.

Semua kursus ini akan dijalankan di bengkel Noordelight di Kg Jaya Setia, Jalan PCB Kota Bharu Kelantan

Bekas peserta kursus akan diberikan bimbingan mengenai teknik walau pun telah tamat menjalani kursus.

Antara perkara yang di tekankan dalam kursus

1.    Pemilihan bahan membuat kek yang halal dan suci
2.    Persediaan sebelum membuat gubahan dan hiasan
3.    Penyediaan peralatan untuk membuat hiasan
4.    kombinasi bahan-bahan yang diperlukan

Untuk pertanyaan lanjut sila Hubungi Kak Noor seperti nombor tertera di atas.

Alhamdulillah pada pertengahan Mei 2012 bengkel  untuk pembuatan kek dan diubahsuai menjadi bilik kuliah untuk peserta kursus

Bengkel
Bengkel


Pudding Cermin Kasih

Tuttifrutti Cheese Cake


Cheesse Tart

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN MEMBASMI KEMISKINAN  ANJURAN MAJLIS AMANAH RAKYAT NEGERI PAHANG PADA 26/11/2012 - 28/11/2012 BERTEMPAT DI MUARA BEACH RESORT, PANTAI BALOK, KUANTAN PAHANG, DARUL MAKMUR


Taklimat kepada peserta-peserta oleh Timbalan Pengarah Mara,Pahang
Kursus bermula
                                         


Latihan praktikal oleh peserta

Sessi bergambar bersama peserta kursus

 
Pemberian Sijil kepada peserta kursus
                                            
Bersama pegawai kursus, Cik Normah
                                                                                                                                  L

                                                                                        
Mengendalikan kursus asas kek dan pastry anjuran Mara Negeri Kelantan. 1 April - 1 Mei 2012


Kursus ini dijalankan di premis Kelab Wanita Kijang (KWK), bertempat di Jalan PCB berhampiran Kem Kijang. Kursus ini adalah anjuran pihak Mara Negeri Kelantan yang di kendalikan  oleh Raudah Consultant Sdn Bhd.

Di hadiri oleh 20 peserta yang di pilih khusus oleh pihak Mara yang terdiri dari peserta E-kasih. Tujuan kursus ini adalah untuk membantu kaum Ibu bagi meningkatkan lagi sosio ekonomi keluarga.

Sepanjang sebulan kursus di jalankan peserta di ajar secara teori dan praktikal. Sebanyak 10 jenis masakan yang di ajar sepanjang tempoh tersebut. Penekanan di tumpukan kepada teknik pembuatan dan bancuhan kuih yang sepatutnya termasuk dekorasi kek. Di antara masakan yang di ajar adalah Pudding Nenas, Pudding Kastard, Agar-agar Pelangi bersantan, Kek Buah, Kuih Harum Manis, Apam Polkadot, Kek Coklat, Cupcake,  Sponge cake dan asas membuat Butter Cream dan Fresh Cream

Taklimat kursus

Peserta kursus menjalani latihan praktikal





Al Hilman Chocolate

Homade chocolate





Alunan Kasih
Addean Cup cake
Endless Love




Anniversary Cake
An Nur Chocolate cake
Blueberry Al Hizatun
Blueberry Assyahida
Wedding 
Assorted colour pudding

Saja-saja cake
Al Mustaqim cake

Blueberry Al Humaira
Wedding Cake



Birthday
BC Netting cake








Renungan

Kenapa tubuh berbau harum?

Haruman daripada minyak wangi yang dipakai seorang wanita yang melintas di hadapan tadi masih kuat berbau walaupun wanita itu sudah hilang daripada pandangan.
Dalam hati memuji-muji bau haruman minyak wanginya dan tertanya-tanya jenama apakah minyak wangi yang dipakai oleh wanita itu.
Hmm, jika saya, yang juga seorang wanita pun terpikat dan sukakan bau yang datang daripada wanita itu, kaum Adam juga pasti menyukainya dan mereka pasti akan tertoleh-toleh untuk melihat gerangan wanita yang berbau sangat harum itu.
Jika hal demikian terjadi, maka berdosalah wanita itu kerana telah menarik minat (atau mungkin nafsu) kaum Adam terhadapnya.
Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31:
"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."
Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Wallahu'alam.
Harus
Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud,
"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..." (Riwayat an-Nasa'is dari Abu Hurairah)
Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya.
Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,
"Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya" (Riwayat al-Tarmizi)
Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata,
"Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Makruh
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa". Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.
Haram
"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)
Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi)
Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.
Allah jualah yang Maha Mengetahui. Wassalam.




Nafsu


JIHAD PALING BESAR ADALAH MELAWAN HAWA NAFSU
Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin,
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : ``Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar.
Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? "
Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)
Rasulullah S.A.W. mengajak kita untuk meninggalkan satu peperangan, satu perjuangan atau satu jihad yang kecil untuk dilatih melakukan satu perjuangan atau jihad yang besar iaitu jihad melawan nafsu. Orang yang berperang melawan nafsu ini nampak seperti duduk-duduk saja, tidaklah sesibuk orang lain, tapi sebenarnya sedang membuat kerja yang besar iaitu berjihad melawan nafsu.
Melawan hawa nafsu atau mujahadatun nafsi sangat susah. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Karena itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalat sekehendaknya.
Nafsu jahat dapat dikenal melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah. Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sum'ah, riya', ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak bicara, banyak makan, hasad, dengki, ego, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, pemarah, tamak, serakah, bakhil, sombong dan lain-lain. Sifat-sifat itu melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita malas menggosok sifat itu akan semakin kuat dan menebal pada hati kita. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka hati akan bersih dan jiwa akan suci.
Nafsu itulah yang lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat mempengaruhi seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah 'highway' atau jalan bebas hambatan untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan, akan membesar, maka semakin luaslah 'highway' syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh Allah S.W.T.sangat jahat.
" Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan " (Yusuf: 53).
Dan ini dikuatkan lagi oleh sabda Rasulullah S.A.W.; "Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu ".
Nafsu inilah yang menjadi penghalang utama dan pertama, kemudian barulah syaitan dan golongan-golongan yang lain. Memerangi hawa nafsu lebih hebat daripada memerangi Yahudi dan Nasrani atau orang kafir. Sebab berperang dengan orang kafir cuma sekali-sekali.
Nafsulah penghalang yang paling jahat. Mengapa? Kalaulah musuh dalam selimut, itu mudah dan dapat kita hadapi. Tetapi nafsu adalah sebahagian dari badan kita. Tidak sempurna diri kita jika tidak ada nafsu. Ini yang disebut musuh dalam diri. Sebahagian diri kita, memusuhi kita. Ia adalah jizmullatif - tubuh yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala, hanya dapat dirasa oleh mata otak (akal) atau mata hati. Oleh itu tidak dapat kita buang. Sekiranya dibuang kita pasti mati.
Nafsu adalah penghalang yang besar. Kalau hendak solat bukan mudah untuk mujahadah. Akhirnya terlambat solat subuh. Siapa yang membisikkan kepada kita? Itulah nafsu. Bukan mudah hendak berjuang dan berkorban. Bukan mudah hendak sabar apabila berhadapan dengan ujian. Bukan mudah untuk sabar, tidak berdendam dan membalas kejahatan musuh dengan doa dan kebaikan. Bukan mudah sebab nafsu tidak mahu. Begitu juga tidak mudah untuk menahan marah dan hendak memberi maaf orang yang berbuat salah dengan kita? Kita rasa terhina hendak memaafkan orang yang bersalah dengan kita. Lebih-lebih lagi kita yang bersalah, hendak minta maaf lebih sukar lagi. Terasa tergugat ego kita. Lebih-lebih bila ada jabatan dan pengaruh. Bukan mudah untuk ikut syariat, jika nafsu mengatakan jangan. Sebab itu barang siapa yang berjaya melawan hawa nafsu ia dianggap wira, hero atau pahlawan. Dianggap orang berani dan luar biasa.
Sebab itu ada Hadis yang mengatakan;
"Tidak dianggap seseorang itu berani bila ia dapat mengalahkan musuhnya, tetapi dianggap berani, jika seseorang itu dapat melawan hawa nafsunya.
Jadi seseorang itu mesti sanggup melawan hawa nafsu. Kalau tidak, banyak ajaran Islam yang terabaikan, banyak perintah Allah S.W.T.yang dilalaikan. Bila tidak dapat melawan hawa nafsu, banyak larangan Allah S.W.T. yang akan terbuat. Jadi hanya dengan melakukan mujahadatunnafsi, barulah ajaran Islam itu dapat kita amalkan sungguh-sungguh dan barulah maksiat lahir dan batin dapat kita tinggalkan, karena nafsu yang sangat menghalang itu sudah tidak ada lagi. Nafsu itu sudah kita didik, sudah kita kalahkan, dan sudah menjadi tawanan